+6018-252 3220

C-3-2 Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Isnin - Jumaat (9AM - 5PM)

RPGT atau CKHT

APAKAH RPGT / CKHT?

RPGT (Real Property Gains Tax) atau CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah), adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas keuntungan jualan hasil dari penjualan / pelupusan sesuatu hartanah sebelum tempoh masa 5 tahun dari tarikh hartanah itu dimiliki.

RPGT / CKHT diperkenalkan oleh kerajan untuk mengelakkan spekulator dari memanipulasi harga hartanah.

Secara ringkasnya, jika sesebuah hartanah di jual dalam tempoh 5 tahun selepas ia dibeli, jumlah yang merangkumi keuntungan (harga jual – harga beli) akan dikenakan cukai. Ramai pemilik hartanah individu yang menyalah anggap RPGT/CKHT adalah cukai yang dikenakan ke atas keseluruhan harga jualan, bukannya ke atas keuntungan seperti yang sepatutnya.

Kadar semasa RPGT yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 adalah seperti berikut :

Tahun pertama sehingga ke tiga : 30%
Tahun ke empat : 20%
Tahun ke lima : 15%

RPGT tidak akan dikenakan ke atas penjualan hartanah mulai tahun ke enam dan selebihnya.

RPGT / CKHT juga tidaklah dikenakan ke atas 100% daripada keuntungan jualan, sebaliknya jumlah keuntungan boleh ditolak dengan kos-kos khidmat profesional seperti guaman, ejen hartanah, juruukur, jurunilai, akauntan dan sebagainya.

Selain itu, terdapat tiga jenis pengecualian di dalam RPGT :

1. RPGT boleh dikecualikan sekali dalam seumur hidup, ini bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh penjual itu sendiri.
2. RPGT boleh dikecualikan sekiranya penjualan hartanah adalah kepada keluarga terdekat.
3. Amaun pengecualian sebanyak 10% daripada keuntungan jualan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagaimana cukai ini dikira secara amnya?

Contoh 1 :

Harga jualan : RM 500,000
Harga belian : RM 350,000
Hartanah dijual dalam tempoh sebelum 3 tahun dari tarikh S&P.

Untung : 500,000 – 350,000 = 150,000
Pengecualian : 10% daripada untung = 15,000
Jumlah yang dekenakan cukai = 150,000 – 15,000 = 135,000

RPGT : 135,000 x 30% = RM40,500

Sekarang, jika dikira jumlah yang dibenarkan.

Contoh 2 :

Kos pengubahsuaian : RM 50,000
Kos duti setem dan guaman semasa membeli : 15,000
Kos guaman dan fi perunding hartanah semasa menjual : RM 20,000

Jumlah yang dekenakan cukai = 135,000 – 50,000 – 15,000 – 20,000 = 50,000

RPGT : 50,000 x 30% = RM 15,000

Akhir kata, rancanglah dengan bijak apabila sudah tiba masanya untuk anda melupuskan / menjual hartanah anda.