+6018-252 3220

C-3-2 Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Isnin - Jumaat (9AM - 5PM)

Salak Tinggi

Berperanan sebagai pusat bagi daerah Sepang, Salak Tinggi sehingga baru-baru ini boleh dikatakan agak perlahan pembangunannya.

Tetapi disebabkan semakin berkurangnya tanah di Lembah Kelang, Salak Tinggi yang juga adalah sebahagian dari Lembah Kelang Selatan (Klang Valley South), semakin menjadi tumpuan berikutan harga tanah yang masih rendah.

Dengan rancangan pelaburan yang besar terhadap Aeropolis KLIA, projek mega merangkumi keluasan hampir 3000 ekar yang dijangka akan menyumbangkan sehingga 30 Billion KDNK dalam masa 15 tahun dan mewujudkan sehingga 56,000 peluang pekerjaan baru, Salak Tinggi yang terletak bersebelahan sudah pasti akan menerima limpahan yang banyak darinya.

Maka tidak hairanlah jika nama-nama besar dalam dunia hartanah Malaysia seperti Sime Darby (Bandar Serenia), Sunsuria (Sunsuria City), IOI Properties (Warisan Puteri), Glomac (KLIA Saujana) dan KIP Group (KIP Central) semakin bertumpu dan menampakkan kehadiran mereka di kawasan Salak Tinggi.

Dari segi kemudahan pula, Salak Tinggi dikelilingi oleh kemudahan lengkap yang merangkumi aspek komersial, pendidikan dan perubatan. Semuanya boleh dicapai di bawah lingkungan 30 minit perjalanan. Di tambah pula dengan kemudahan-kemudahan yang akan wujud di dalam projek-projek yang sedang di bangunkan oleh nama-nama besar di atas, Salak Tinggi mampu menjadi sebuah kawasan yang mampan.

Dengan wujudnya jaringan lebuhraya seperti MEX dan ELITE, akses ke Salak Tinggi dari pusat bandaraya bukanlah menjadi masalah. Nilai, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang semuanya berada di bawah lingkungan 25 minit perjalanan dari Salak Tinggi. Salak Tinggi juga menempatkan sebuah stesen ERL, dan memberikan satu lagi alternatif pengangkutan ke pusat bandar.

Populasi penduduk di Mukim Sepang pula dianggarkan berada di dalam lingkungan 200,000 orang, di mana 35% darinya adalah dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun. Jumlah ini, ditambah dengan unjuran peningkatan peluang pekerjaan serta penambahan penuntut-penuntut institusi pendidikan di kawasan tersebut, mampu menyokong segala pertumbuhan pembangunan yang sedang berlangsung di Salak Tinggi.

Berpotensi? Anda nilailah sendiri.