+6018-252 3220

C-3-2 Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Isnin - Jumaat (9AM - 5PM)

Exclusive vs General Listing

Apabila seseorang yang ingin menjual hartanahnya menggunakan khidmat seorang perunding hartanah, dia mempunyai pilihan sama ada untuk memberikan perunding hartanah tersebut listing secara “Exclusive” atau “General”.

• “Exclusive” bermakna hak untuk menjual sesuatu hartanah itu dipegang oleh seorang perunding hartanah sahaja. Segala urusan jual-beli hartanah tersebut mestilah melalui perunding hartanah itu sahaja.

• Manakala listing secara “General” pula ialah apabila hak menjual hartanah tersebut diberi kepada lebih dari seorang perunding hartanah. Dalam ertikata lain, mana-mana perunding hartanah yang dapat mencari pembeli kepada hartanah tersebut akan memperolehi fi daripada hasil jualan hartanah tu.

Satu salah faham masyarakat umum ialah apabila memberikan listing secara “General” dan memberikan hak tersebut kepada ramai perunding hartanah, sesebuah hartanah itu akan terjual dengan lebih cepat.

Mari kita lihat scenario bagi kedua-dua listing :

1. Listing “General”

• Bagi perunding hartanah, apabila mendapat listing secara “General”, tiada jaminan yang hartanah tersebut akan terjual olehnya, melainkan jika dia sudah mempunyai pembeli lebih awal, kerana pembeli boleh menggunakan perunding hartanah lain yang juga memegang listing hartanah tersebut. Ini akan mengakibatkan keutamaan untuk menjual hartanah tersebut lebih rendah bagi perunding hartanah terbabit. Kos pengiklanan yang tinggi juga tidak akan digunakan kerana tiada keutamaan dan jaminan.

• Dengan “General” listing juga, perunding hartanah akan berebut-rebut untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pembeli, dan pembeli akan mencari tawaran yang paling rendah untuk hartanah yang sama. Ini akan merugikan penjual hartanah tersebut akhirnya.

2. Listing “Exclusive”

• Bagi listing “Exclusive”, perunding hartanah tidak akan teragak-agak untuk mengiklankan hartanah tersebut di semua medium berbayar, maka capaian pengiklanan akan menjadi lebih besar dan lebih ramai prospek pembeli akan hadir. Rundingan harga sesebuah hartanah juga hanya akan melalui seorang perunding hartanah sahaja, maka hanya tawaran terbaik yang akan disampaikan kepada penjual. Di sinilah kepentingan kepada penjual akan terjaga.

Sebagai penjual, keputusan akhir adalah di tangan anda, dan keputusan yang bijak akan menguntungkan anda di kemudian hari.