+6018-252 3220

C-3-2 Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Isnin - Jumaat (9AM - 5PM)

Erti sebenar VALUE

VALUE hanya jadi bernilai apabila ada orang yang sanggup MEMBAYAR untuk nya.

Apa yang kita nilai sebagai “X” mungkin bernilai “Y” kepada orang lain.

Sebagai contoh, kalau rumah kita itu nilainya RM 1 juta, ia hanya sekadar satu angka di atas kertas sehinggalah ada orang yang sanggup beli pada harga (nilai) itu.

Jelas?

Fikirkan;

Kita mungkin telah beli sebuah rumah 20 tahun lepas pada harga RM 100k yang pada hari ini sudah dinilai pada kadar RM 1juta (contoh).

Tetapi adakah ini bermakna ada orang yang pada hari ini sudi untuk beli rumah tersebut yang sudah berusia 20 tahun pada harga RM 1 juta?

Belum tentu!

MUNGKIN prospek boleh beli rumah lain dengan harga yang sama (RM 1 juta) tetapi lebih baru dengan rekabentuk lebih moden.

MUNGKIN prospek boleh beli rumah baru dengan harga yang sama (RM 1 juta) unit pemaju tanpa perlu keluarkan kos guaman dan boleh dapat berbagai lagi pakej percuma
seperti rebat dan yang seumpamanya.

MUNGKIN prospek boleh beli rumah lain yang sama usia tapi dengan harga yang JAUH LEBIH MURAH (!!!) disebabkan 2 faktor yang di atas ini.

Nampak tak sekarang erti sebenar satu nombor bernama VALUE (market value) yang selalu kita sebut-sebut bila cerita berkenaan harga rumah?