+6018-252 3220

C-3-2 Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Isnin - Jumaat (9AM - 5PM)

CARA PENGIRAAN DUTI SETEM

Bagi sebarang pembelian hartanah, tidak kiralah pembelian hartanah baharu atau bukan, pembeli perlu menangggung kos duti setem bagi pemindahan hakmilik hartanah tersebut. Atau terma yang digunakan adalah duti setem bagi MOT, atau Memorandum of Transfer.

Dalam keseronokan apabila berjaya mengumpul wang pendahuluan sebanyak 10% untuk membeli hartanah, ramai pembeli terlupa yang mereka juga perlu menyediakan kos bagi membayar duti setem ini.

Duti setem untuk MOT tidak boleh disamakan dengan fi guaman, kerana fi guaman adalah untuk servis yang diberikan oleh peguam hartanah, manakala duti setem MOT adalah kos yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mementukan kos yang terlibat yang perlu ditanggung oleh pembeli?

Kos yang perlu disediakan bergantung kepada nilai hartanah yang dibeli tersebut.

RM 100,000 yang pertama                           : 1% caj duti setem

RM 100,001 hingga RM 500,000                : 2% caj duti setem

RM 500,001 ke atas                                         : 3% caj duti setem

 

Contoh 1 : Harga hartanah = RM 400,000

Pengiraan duti setem :

RM 100,000 yang pertama (1%) : RM 1,000

Baki RM 300,000 (2%)                    : RM 6,000

Jumlah caj duti setem                    : RM 1,000 + RM 6,000

: RM 7,000

 

Contoh 2 : Harga hartanah = RM 700,000

Pengiraan duti setem :

RM 100,000 yang pertama (1%) : RM 1,000

RM 400,000 seterusnya (2%)      : RM 8,000

Baki RM 200,000 (3%)                    : RM 6,000

Jumlah caj duti setem                    : RM 1,000 + RM 8,000 + RM 6,000

: RM 15,000

 

Walau bagaimanapun, berpandukan Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh kerajaan, dan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2018, pembeli rumah pertama diberikan pengecualian berupa :

  1. Dikecualikan dari membayar duti setem bagi hartanah yang bernilai RM 300,000 ke bawah.
  2. Diskaun sebanyak RM 5,000 dari jumlah sebenar bagi hartanah yang berharga antara RM 300,001 hingga RM 500,000.

 

Oh jangan lupa, duti setem juga dikenakan bagi dokumen perjanjian pinjaman.

Caj duti setem bagi pinjaman yang dikenakan adalah sebanyak 0.5% dari harga hartanah. Tetapi, kebanyakan bank akan memasukkan jumlah duti setem terus ke dalam pinjaman yang ditawarkan.

 

Contoh : Harga hartanah = RM 400,000

Caj duti setem pinjaman               : RM 400,000 x 0.5%

: RM 2,000

 

Sekarang dah tahu kan? Jadi, pastikan anda mengambil kira caj duti setem yang terlibat dalam menyediakan wang pendahuluan untuk membeli hartanah.

2 Responses

  1. Avatar
    dwv January 12, 2019 at 12:08 pmReply

    terima kasih di atas artikel yg menarik. saya ingin bertanya, pengiraan tuan di atas termasuk dgn duti setem mot dan duti setem perjanjian pinjaman. bagaimana pula dengan kiraan perjanjian jual beli ( spa/snp) ?

    1. JualRumah.my
      JualRumah.my February 18, 2019 at 5:13 pmReply

      Untuk pengiraan fi guaman perjanjian jual beli, anggarannya adalah mengikut harga jualan hartanah tersebut.
      Formula yang digunapakai :

      Untuk RM500,000 yang pertama – 1% dari harga jualan
      Untuk RM500,000 yang seterusnya – 0.8% dari harga jualan
      Untuk RM2,000,000 seterusnya – 0.7% dari harga jualan
      Untuk RM2,000,000 seterusnya – 0.6% dari harga jualan
      Untuk RM2,500,000 seterusnya – 0.5% dari harga jualan