+6018-252 3220

C-3-2 Putra Walk, Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Isnin - Jumaat (9AM - 5PM)

Banglo Zero Lot

Kadang-kadang, bila kita melakukan carian hartanah, kita terjumpa dengan terma banglo zero lot.

Apakah banglo zero lot ini dan bagaimana ia berbeza dengan banglo biasa? Kenapa ia perlu dinamakan dengan zero lot?

Untuk banglo biasa, rata-rata kita sudah maklum dengan definisinya, jadi tidak perlulah kita bincangkannya di sini.

Untuk zero lot pula, sebenarnya ia adalah terma untuk semi-d yang tidak bercantum. Terdapat sedikit ruang tanah diantara unit-unit semi-d tersebut.

Jadi apa yang bagusnya zero lot ini berbanding semi-d biasa?

Pertama, ia tidak bercantum, maka lebih privacy kepada pemilik.

Kedua, dengan adanya ruang, pemilik mempunyai pilihan lebih untuk melakukan penambahan atau pengubahsuaian.

Ketiga, kerana ia tidak bercantum dengan unit disebelahnya, rekabentuk banglo zero lot kebiasaaannya mempunyai pintu dan tingkap yang lebih. Ini memberikan tarikan yang tersendiri kepada mereka yang meminati rekabentuk seperti ini.